Alumni7's

Once a sevens, always a sevens

File : Minit Mesyuarat Agung 1 Persatuan Alumni SMK Seksyen 7, Shah Alam

leave a comment »

Minit Mesyuarat Rasmi, Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Alumni SMK Seksyen 7, Shah Alam. (26 Ogos 2011)
Disediakan oleh Nurdiyanah Md Yunus dan disahkan oleh Ahmad Syazwan Ahmad Marzuki

Download : Minit Mesyuarat AlumniSevens1.docx

Written by alumnisevens

November 1, 2011 at 3:02 am

Posted in Uncategorized

Terima Kasih!

leave a comment »

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang hadir dan memberi sokongan kepada pihak persatuan serta menghadirkan diri untuk mesyuarat agung pertama AlumniSevens. InshaAllah mesyuarat agung seterusnya akan diadakan pada sekitar bulan Feb- April 2012 dan seterusnya.

Thank you guys! Minit mesyuarat agung yang telah disediakan oleh Setiausaha Diyanah Yunus akan di-upload.

Abi Hamideen bin Abdul Rahman
Ahmad Syazwan bin Marzuki
Fathi Yasmin binti Yusree
Mohd Ashraf bin Mohd Zamani
Mohd Najib bin Johan
Prakash a/l Batah Kunalan
Sharifah Nabilah binti Syed Azman
Siti Sarah binti Ahmad Mizan
Ain Syazwani binti Mohammad Fauzan
Mirzad Farhan bin Murhan Mukhoyiddin
Mohammad Faizal bin Abdul Kadir
Mohd Yusuf bin Nor Rizan
Muhammad Aiman Aqwa bin Rozlan
Muhammad Raizulan bin Mohamad Razali
Nurdiyanah binti Md Yunus
Adi Akmal bin Yusri
Ahmad Muaz Shahmy bin Khairuddin
Ahmad Shahrul Amri bin Ahmad Ridzwan
Alia binti Abdul Rahim
Ariff bin Alias
Faris Aiman bin Elias
Mohammad Hafizuddin bin Zakaria
Muhamad Afiq bin Abdul Rashid
Muhammad Syafiq bin Sanusi
Nawal Aqilah binti Abdul Rahman
Nur Aina Natasha binti Mohd Asmadi
Nur Anis Sharina binti Abdul Halim
Nur Syafiqah Liyana binti Mohd Nazre

 

Pihak AlumniSevens turut mengucapkan terima kasih buat wakil dari pihak sekolah yang turut hadir memberi sokongan:

-       Puan Hajjah Salehah binti Mohd Amin (Pengetua)

-       Encik Abdul Ghaffar bin Bakar (Guru Penolong Kanan Akademik)

-       Puan Rohana binti Mat Sah (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

-       Puan Che Sapora binti Ibrahim (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

-       Encik Mohamad bin Mustafa (Kaunselor Sekolah)

 

Written by alumnisevens

November 1, 2011 at 2:57 am

Posted in Announcements

Mesyuarat Agung AlumniSevens Pertama

leave a comment »

Setelah mendapat persetujuan dari pihak sekolah dan pihak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, AJK Penaja AlumniSevens akan mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Alumni SMK Seksyen 7, Shah Alam buat kali pertama.

Antara agenda mesyuarat adalah:
- Memilih AJK Pertubuhan yang pertama untuk tempoh yang akan ditetapkan pada mesyuarat
-Pelan jangka pendek & panjang persatuan
-Aktiviti-aktiviti yang mampu disumbangkan oleh bekas warga SMK Seksyen 7, Shah Alam kepada sekolah.
-Kewangan & Fund-Raising

serta agenda-agenda lain yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Kehadiran & sokongan dari rakan-rakan amatlah dihargai untuk membangunkan persatuan yang baru ditubuhkan secara rasmi ini.

Selain itu juga, ini merupakan peluang bagi bekas warga SMK Seksyen 7, Shah Alam untuk kembali merapatkan silaturrahim setelah meninggalkan sekolah untuk beberapa ketika.

Cadangan aturcara *akan dikemaskini jika terdapat sebarang perubahan:

8.30-9.00am: Pendaftaran
9.10-9.30: Kata-kata aluan dari pihak sekolah
9.30-9.45: Pemilihan AJK persatuan
9.45-10.00: Ucapan ringkas dari AJK
10.00-10.30: Pelan aktiviti persatuan, aktivit & kewangan
10.30-10.45: Perkara-perkara berkaitan
10.45-11.00: Soal jawab
11.00: Bersurai

Mesyuarat ini juga akan disertai oleh beberapa wakil pelajar SMK Seksyen 7, Shah Alam (tingkatan 5), wakil dari pihak sekolah serta pihak terlibat.

Etika pemakaian adalah kemas dan sopan. Pemakaian kasut adalah digalakkan.

Sekian,
Terima kasih

Sebarang pertanyaan boleh hubungi wakil AJK penaja persatuan, saudara Yusuf (0129318200) & Syazwan, 0173525145

Written by alumnisevens

August 22, 2011 at 5:03 pm

Posted in Announcements

Pendaftaran persatuan

leave a comment »

Pihak AJK Penaja penubuhan persatuan ingin mengumumkan bahawa kami telah mendapat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia mengenai status pendaftaran persatuan. Kami dengan ini dengan bangganya mengesahkan bahawa persatuan telah didaftarkan secara rasmi dibawah nama persatuan yang sah. Pihak kami hanya menunggu sijil rasmi penubuhan yang akan diserahkan dalam masa terdekat.

Bakal ahli-ahli yang belum mendaftarkan diri bolehlah berbuat demikian di laman ini. Pihak kami juga mengalu-alukan sebarang idea dari rakan-rakan kearah menggerakkan dana awal atau ‘fund raising’ melalui aktiviti-aktiviti yang menarik yang dapat diketengahkan bersama. ( Contoh: Perlawanan futsal fund raising ) dan lain- lain idea boleh diutarakan di ruangan komen atau email : alumnisevens[at]gmail[dot]com

Sebarang idea akan dibincangkan bersama oleh AJK penaja dan didahului dengan ucapan terima kasih

Written by alumnisevens

June 20, 2011 at 2:21 pm

Posted in Announcements

We’re recruiting!

leave a comment »

Hello and welcome to our future members! Especially those who will be sitting out for SPM 2010. ! (good luck from us, of course!)

The first step to become part of the Alumni Sevens’ family:

Register yourself here!:  (2 years in SMK S7/ exstaffs/ those who took SPM at the school..if you are unsure about yourself, just register yourself here! we will follow up later.)

Registration form

More updates will be announce later!

Written by alumnisevens

November 8, 2010 at 12:53 pm

Posted in Announcements

Update 31.10.2010

leave a comment »

1. Beberapa fail dan kertas kerja yang telah diguna pakai oleh AJK Penaja Alumnisevens telah di upload untuk tatapan umum.
Fail-fail ini boleh di muat turun di ruangan ‘Files’ yang terdapat di sebelah kanan laman ini

Fail-fail ini hanyalah diguna pakai sewaktu proses cadangan penubuhan persatuan dan perubahan-perubahan yang telah dipinda tidak dikemaskini bagi mengekalkan keaslian/originality fail tersebut pada tarikh ia diusulkan.

2. Berita dari Naib Penasihat AJK Penaja, Encik Safiruddin bin Saud menyatakan mereka(pihak sekolah) telah menerima jawapan dari pihak PPD Petaling bagi urusan Penubuhan Persatuan.

3. Pihak AJK Penaja akan meneruskan proses pendaftaran persatuan secara rasmi kepada Registrar of Society (ROS) dalam masa terdekat.

AJK Penaja memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dari segi ‘progress‘ kerana kami menunggu jawapan lengkap dari PPD Petaling sebelum proses pendaftaran rasmi persatuan dapat diteruskan.

Sekian, terima kasih.

Written by alumnisevens

October 31, 2010 at 12:56 pm

Posted in Announcements

CADANGAN Yuran Keahlian Persatuan

leave a comment »

Dalam menjalankan sesuatu organisasi dan aktiviti-aktiviti organisasi, faktor kewangan memainkan peranan penting. Sebagai persatuan yang baru, yuran keahlian pastinya menjadi sumber utama kewangan.

Ramai yang mungkin tertanya-tanya apa rasional dan kegunaan yuran ini.

Untuk pengetahuan, yuran dan ‘funding‘ persatuan TIDAK AKAN disalurkan 100% secara terus ke pihak sekolah. Kewangan persatuan akan digunakan untuk MEMBANTU pihak sekolah dalam aktiviti-aktiviti mereka serta untuk KEGUNAAN SETIAP AHLI ALUMNI sendiri. Ini bermakna, setiap ahli alumni yang berdaftar serta telah membayar yuran persatuan BERHAK 100% untuk menggunakan kembali wang persatuan bagi aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk persatuan.

Sebagai contoh:  Sekiranya sekumpulan ahli kita ingin menubuhkan persatuan ragbi sesama bekas pelajar, wang persatuan sekiranya mendapat kelulusan dan dipersetujui oleh AJK Persatuan boleh digunakan untuk funding pasukan seperti subsidi Jersi Pasukan atau sebagainya.

Contoh kedua : Bekas pelajar yang ingin mengadakan reunion secara besar-besaran seperti majlis berbuka puasa mungkin boleh menggunakan kembali wang persatuan untuk menampung sebahagian kos yang diperlukan.

Contoh ketiga : Persatuan ingin mengadakan kursus kepimpinan bersama-sama pelajar2 SMK S7 masa kini. Sekiranya mendapat persetujuan bersama dengan pihak sekolah, kemungkinan bajet dan kos  (seperti penginapan, makan dan lain2) mungkin ditanggung oleh persatuan

dan beberapa contoh-contoh lain yang boleh dicadangkan *sekiranya mempunyai pertanyaan mengenai hal ini bolehla meninggalkan mesej di ruangan komen*

Ahli yang berdaftar serta TELAH membayar yuran *yang akan diumumkan* berhak ke atas kewangan persatuan.

Oleh itu, pada perjumpaan 19 Jun 2010 yang lalu telah mencadangkan beberapa perkara mengenai hal ini.

Yuran Keahlian (seumur hidup- bayar hanya sekali) adalah RM 50.

Yuran Tahunan (setiap tahun, boleh diundi melalui Poll di atas)

*hasil keputusan pada poll ini hanyalah cadangan sahaja dan bukan keputusan muktamad. Ia  akan dibawa ke mesyuarat agung apabila persatuan telah sah didaftarkan secara rasmi.

** kutipan yuran tidak akan dibuat selagi persatuan belum didaftarkan secara rasmi

Written by alumnisevens

June 21, 2010 at 5:09 am

Posted in Announcements

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.